RESEPI JAPANESE CHEESE CAKE GEBU & SEDAP !
TAKDE MENDA NAK MAKAN ?
Hari tue, tengahari yang heningnya, rasa bosan (gaya macam takde keja) padahal keja berlambak jeee kahkah. Then, datang laa rasa nak baking. Ajak adik aku, dia on. Sooo, sleeve up guysss !
Bahan-bahan diperlukan:
- 1/3 Cream Cheese Tatura
- 200ml susu segar (ganti dengan susu cair)
- 4 biji telur
- 70gm gula kasar
- 70gm tepong kek (ganti dengan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder)
- 70gm butter
- masa penyediaan: 20min
- masa membakar: 1jam
Cara menyediakan dan memasak:
- Campurkan cream cheese dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.*
- asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula kasar hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).
- masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.
- lapik acuan 7x3 inci loyang bulat (atau boleh juga sapukan sedikit mentega & taburkan tepung). tuang adunan kedalam acuan.
- letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.
- teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.
P/s : Korang yang fikir konon nak bagi rasa lebih cheese tue, haa jangan terbanyak sangat letak cheese ye. Sebab nanti kek jadi kurang gebu. Instead, dia jadi padat dan mampat which is look not nice but of course the test is adorable for cheese loverssss <3.
SELAMAT MENCUBA !
Comments
Post a Comment