H O P I N G F O R B E T T E R L I F E
tak sangka dalam kepastian yang tersangat nyata,
aku silap dalam percaturan hidup.
termasuk ke sebuah kehidupan yang jauh bergolak penuh dengan sedih.
yang diimpikan sebuah mahligai...
yang mendapat sebuah kehidupan yang penuh dengan kekecewaan.
perkahwinan dengan pasangan yang aku pilih
to let you guys know,
a guy yang memang mak aku tak suka dari awal
tapi disebabkan aku KERAS,
BERDEGIL,
BERANGGAPAN PILIHAN AKU YANG BAIK,
walhal aku kenal dengan perangainya,
namun aku termakan janji dan harapan palsu manusia...
akhirnya membuka pintu kehidupan yang menyeksa untuk diri aku.
3/10/2017...
lahi beberapa hari, genap 10 bulan perkahwinan kami..
namun tidak ada sedikitpun rasa tanggungjawab dipikul
yang lebih hanya sebuah lakonan..
berlagak sahaja kerjanya..
hanya kerana dia anak orang berada..
anak orang well-known in an institute.
tapi aku bangga.
walaupun mak aku bukan sesiapa,
tidak gaji beribu
tidak juga orang berpangkat
tapi mak aku berjaya mendidik SEMUA anak-anak dia untuk hormat pada orang
untuk tidak mudah CONDEMN orang sewenang-wenangnya
mulanya aku sedih..
memikirkan keputusan yang bakal aku ambil akan tamatkan sebuah kisah cinta yang dulu bertahan dilanda ombak dan ribut malah taufan sekalipun selama lebih 8 tahun..
namun bakal musnah dek hanya kerana perangai manusia yang tidak mahu akan sebuah perubahan.
yang tidak mahu keluar dari comfort zone..
yang tidak mahu mengenal erti hidup dalam sebuah kesusahan
yang tidak tahu bahawa sayang juga akan mengenal erti keletihan...
aku cuba pendam..
selama hampir 10 bulan aku pendam segalanya.
tidak sedikitpun aku buka pekung didada.
yang ku ceritakan semuanya yang baik-baik belaka..
namun hikmah Ilahi..
wujudnya zuriat aku sendiri, Allah tidak mahu aku menggalas bebanan sendiri..
satu hari, segalanya berlaku di depan mata mak aku.
dan jelas-jelas kini mak aku tidak punya apa-apa perasaan lagi untuk berselindung dariku
dan begitu juga aku...
aku titipkan doa, supaya dengan keadaan aku ini,
Allah memberi ruang dan ketenangan untuk aku berfikir dengan sewajarnya.
dan jauhkan aku daripada sebarang tekanan emosi..
dan memberi aku petunjuk..
ameen..
Comments
Post a Comment